Tarikh        : 8 Ogos 2018

Masa         : 3.00 petang-4.30 petang

Lokasi        : PEDi Felda Lui Selatan

Peserta      : 3 orang


TUJUAN :

Pelajar 5 tahun dan 6 tahun merupakan golongan sasaran untuk program ini. Tujuan program ini adalah untuk membantu para pelajar menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu.

 

AKTIVITI :
 
Petugas menerangkan suku kata kepada para pelajar. Latihan diberikan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran menulis dan menyebut suku kata yang diberikan.
 

 

Tarikh        : 3 Ogos 2018

Masa         : 10.00 pagi-11.30 petang

Lokasi        : PEDi Felda Lui Selatan

Peserta      : 5 orang


TUJUAN :

Golongan belia merupakan  golongan sasaran untuk program pada hari ini. Bengkel keusahawanan dijalankan pada hari ini memberi pendedahan pengenalan asas komputer.

 
AKTIVITI :
 
Petugas memberi penerangan pengenalan asas Microsoft office Word. Peserta membuat latihan yang telah diberikan.
 

 

Tarikh        : 11 Julai 2018

Masa         : 10.00 pagi-1.00 petang

Lokasi        : PEDi Felda Lui Selatan

Peserta      : 40 orang


TUJUAN :

Golongan belia adalah golongan sasaran pada program ini. Tujuan program ini dijalankan untuk memperkenalkan belia dengan Dashboard Komuniti terutama Myhealth, Mykomuniti dan Myshop.

 

AKTIVITI :
 
Peserta diperkenalkan Myhealth, Myshop dan Mykomuniti oleh petugas Pusat Internet. Jamuan makanan disediakan untuk para peserta.
 

 

Tarikh        : 22 Julai 2018

Masa         : 9.30 pagi-12.30 petang

Lokasi        : PEDi Felda Lui Selatan

Peserta      : 3 orang


TUJUAN :

Pelajar tahun 4 merupakan golongan sasaran untuk program pada hari ini. Mereka diberikan latihan Matematik dan Bahasa Inggeris menggunakan laman web yang diberikan oleh petugas. 

 
AKTIVITI :
 
 
 

 

Tarikh        : 8 Julai 2018

Masa         : 9.00 pagi-3.30 petang

Lokasi        : PEDi Felda Lui Selatan

Peserta      : 7 orang


TUJUAN :

Program ini telah dijalankan untuk pelajar sekolah rendah. E-pembelajaran matematik membincangkan topik perpuluhan dan peratus kepada para pelajar.

 

AKTIVITI :
 
Petugas menerangkan topik perpuluhan dan peratus kepada pelajar. Latihan diberikan kepada pelajar menggunakan hard copy dan soft copy.