PENDAHULUAN:

 

NaDi Felda Lui Selatan mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NaDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.

 

Pusat Jalur Lebar Komuniti atau lebih di sinonim dengan PJK adalah nama pertama yang digunakan dan ditukarkan kepada Pusat Internet 1 Malaysia. Selepas itu, ditukarkan kepada Pusat Internet Komuniti seterusnya Pusat Ekonomi Digital (PEDi)  dan kini dijenamakan semula kepada NaDi mendekatkan lagi pengetahuan ICT kepada semua kelompok masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama.

NaDi Felda Lui Selatan telah beroperasi pada 12 September 2014. Dengan penubuhan NaDi Felda Lui Selatan telah membuka ruang kepada komuniti setempat untuk mempelajari segala bentuk ilmu berkaitan dengan It dan penggunaan komputer. Ini dapat merapatkan jurang digital di antara masyarkat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Selain itu, kemudahan perkhidmatan seperti Laminat, pencetak dan Binding memudahkan urusan komuniti setempat tanpa perlu ke bandar.

 

 OBJEKTIF PEDi:

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

PERKHIDMATAN DI NaDi:

  • Internet jalur lebar berkelajuan tinggi
  • Perkhidmatan Wi-Fi
  • 20 buah komputer berserta perisian
  • Pencetak (Warna / Hitam & Putih)
  • Laminat
  • Binding
  • Program latihan ICT, keusahawanan & e-pembelajaran 
  • Pinjaman Netbook selama sebulan

 

WAKTU OPERASI DI PUSAT EKONOMI DIGITAL (NaDi)

HARI REHAT JAM
ISNIN-AHAD

01:00-02:00

JUMAAT: 12:30-02:30

09:00 AM-06:00 PM

                                                                                           ****KECUALI HARI KELEPASAN AM 

 

EMAIL:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

FACEBOOK:

https://www.facebook.com/profile.php?id=10000667396756

 

LAMAN PORTAL:

http://feldaluiselatan.pjk.my/

 

MAKLUMAT PETUGAS:

PENGURUS: NUR SYAZWANI BINTI MOHD YUSOFF (017-2530585)

PENOLONG PENGURUS: ERNY ROSLINA BINTI SARDAN (013-7580062)

 

ALAMAT:

NaDi FELDA LUI SELATAN

BILIK GERAKAN FELDA LUI SELATAN 2

72120 BANDAR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN