43967 orig

 

Hutan Lipur De Bana atau kini dikenali sebagai Kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) Hutan Lipur De Bana terletak di daerah Serting, Negeri Sembilan. Hutan Lipur De Bana terletak di kawasan Lui dan sebahagian daripada hutan simpanan Pasoh yang berada di ketinggian lebih kurang 200 meter dari paras laut. Lokasi kawasan ini terletak 18 km dari Pekan Serting melalui Jalan Bahau-Serting dan 96 km dari Bandar Seremban. Hutan Lipur De Bana terletak di dalam Hutan Simpan Pasoh yang merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah. 

 

Sebaik sahaja pengunjung masuk ke kawasan ini, kita boleh lihat gunung-ganang yang menjadi latar belakang hutan lipur ini. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini seperti pondok rehat, tapak perkhemahan dan denai hutan.

 

Selain dibangunkan kem latihan untuk para pelatih PLKN, hutan ini juga dibuka untuk orang ramai yang ingin beriadah dan berkelah di air terjun yang terdapat di sini. Kawasan sekitar yang bersih dan nyaman sesuai untuk dijadikan tempat berkumpul bagi seisi keluarga. Bagi yang sukakan cabaran, boleh mencuba aktiviti jungle trekking dengan meredah denai dan hutan mengikut laluan yang disediakan. Hutan lipur De Bana dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

 

Pejabat Hutan Daerah,

Negeri Sembilan Timur,

72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tel : 606-4811 036

Faks : 606-4842 171