Pembangunan modal insan adalah kunci kepada masyarakat yang berilmu dan berkualiti. Justeru, pendidikan adalah medium utama dalam membangunkan modal insan yang seimbang di masa depan. Felda Lui Selatan menikmati kemudahan sekolah yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak Felda di kawasan ini. 

 

Bilangan Tadika/Prasekolah/Literasi Di Felda Lui Selatan

No.

Jenis Tadika

Bilangan

1

KEMAS

1

2

Prasekolah SK Lui Selatan

1

3

Literasi Lui Selatan 1

1

4

Literasi Lui Selatan 2

1

 

JUMLAH

4

 

Bilangan Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah Di Felda Lui Selatan

No.

Nama Sekolah

Bilangan

1

SK Lui Selatan (F)                 

1

2

SMK Lui Barat (F)

1

 

JUMLAH

2

 


 

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LUI SELATAN

SEJARAH

Sk.Lui Selatan(f) ditubuhkan pada 3 Januari 1983 yang mana pada mulanya bangunan sekolah hanyalah disebuah stor baja di Pejabat Felda Lui Selatan 1 dengan bilangan murid seramai 107 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 2 orang. 

 

Di awal 1984, sekolah telah dipindahkan ke bangunan kilat yang mempunyai 6 kelas dan 2 kelas lagi masih dijalankan di stor baja. Pada Januari 1985 bilangan murid semakin bertambah dan persekolahan dua sesi bermula. Pada 7 September 1985 sebuah bangunan 2 bilik darjah tambahan dibina dan disiapkan secara bergotong-royong dalam masa sebulan. Pada 3 Januari 1987 pula, sebuah lagi bangunan 4 bilik darjah dibuat secara bergotong - royong siap dibina. 

 

Tanggal 15 Julai 1990, bangunan baru SK. Lui Selatan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dr. Abdul Ghaffar bin Baba iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Persekolahan satu sesi bermula pada tahun 2000 dengan pembinaan satu lagi bangunan tambahan. Pembinaan makmal computer telah siap dibina pada tahun 2003 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2004. Sekolah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk semua warga sekolah. Selain itu, aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah dilakukan berterusan demi keselesaan murid untuk belajar. 

 

Pada tahun 2006 SK.Lui Selatan menerima seramai 393 orang murid yang terdiri daripada 13 buah kelas termasuk Pra Sekolah dan PKBP. Tenaga pengajar juga semakin bertambah mencapai jumlah 27 orang termasuk guru Besar. Pada awal Januari 2006 ini sekolah telah menerima 3 lagi tenaga pengajar baru iaitu guru program j-QAF. Manakala staff sekolah kini berjumlah 4 orang. 

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

 

MISI

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

 

LOGO

 

SEKITAR SKLS

SUMBERhttp://sklsjempol.blogspot.my/p/sejarah.html

 


 

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUI BARAT

SEJARAH:

SMK (Felda) Lui Barat, Jempol telah ditubuhkan pada 2 Januari 1987 yang terletak di alamat Felda Lui Barat, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sekolah ini mendapat namanya sempena Felda di mana sekolah ini dibina.

Sekolah ini merupakan sekolah harian berasrama yang dibangunkan untuk memberi pendidikan menengah kepada pelajar di sekitar Felda Gugusan Lui. Pada peringkat permulaan sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Air Hitam (kini SK Air Hitam). Ketika itu, hanya terdapat 4 buah kelas yang menampung 125 orang pelajar.

Pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Azmi bin Zainal dan dibantu oleh 10 orang guru serta seorang kerani. Pada 21 April 1987, sekolah telah berpindah ke bangunannya tersendiri di Felda Lui Barat. Bangunan baharu tersebut terdiri daripada 2 blok bangunan dengan 19 buah bilik darjah. Blok A menempatkan bilik pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik ERT/jahitan, koperasi sekolah dan 5 buah bilik darjah. Manakala Blok B terdapat 5 buah bilik darjah dan sebuah bilik gerakan.

 Pada tahun 2000, projek meningkatkan infrastruktur sekolah seperti 2 blok apartment, rumah guru, asrama, makmal sains, surau dan bangunan tambahan telah diperolehi dari kerajaan pusat. Kini, SMK Lui Barat mempunyai 6 blok bangunan, bangunan asrama dan kemudahan-kemudahan lain yang dapat digunakan sepenuhnya mulai bulan Januari 2002. Pembinaan diteruskan dengan terbinanya bangunan 2 tingkat untuk dijadikan Makmal Komputer sekolah dan sebuah dewan (Dewan Baitul Hikmah). Pada Disember 2014, beberapa penaiktarafan insfrastruktur dan pembinaan bangunan tambahan baru sedang giat dijalankan.

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan BerkualitI

 

MOTO

Beriman Berilmu Beramal

 

RENCANA SEKOLAH

 

SEKITAR SMKLB

images

 

SUMBER: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Lui_Barat