BAKERI BAJET AZLINA

Bakeri Bajet Azlina merupakan perniagaan keci-kecilan yang menawarkan perniagaan kek bajet, cheese tart dan bahan-bahan bakeri. Kedai ini dimiliki oleh Puan Norazlina Sobri. Bakeri Bajet Azlina sentiasa mendapat sambutan oleh komuniti setempat dan kawasan sekitar Lui kerana keenakan kek tersebut dengan harga berpatutan.

Nama pemilik:                Norazlina Binti Sobri

Alamat Asal:                 Jalan Gerai, Felda Lui Selatan 2

                                      72120 Bandar Seri Jempol,

                                      Negeri Sembilan Darul Khusus.

Hubungi:                       0167694503

collage 2017 10 10

 

 

 

Western Food Shop

 

Western Food Shop merupakan perniagaan keci-kecilan yang menawarkan pelbagai makanan barat seperti chicken chop, sphageti, burger dan sebagainya. Kedai ini dimiliki oleh Puan Suzie yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kedai ini beroperasi dari Isnin sehingga Sabtu. Makanan Western Food Shop menjadi perbualan komuniti Felda Lui Selatan disebabkan kesedapan dan keunikan ramuan turun temurun keluarga.

Nama Pemilik:               Suzie Binti Israee              

Alamat Asal:                  183, Blok 11, Felda Lui Selatan 2

                                      72120 Bandar Seri Jempol,

                                      Negeri Sembilan Darul Khusus.

Hubungi:                       +60 11-3239 3855

 collage-2017-08-10

 

CASABLANCA STORE DITERAJUI OLEH TIGA USAHAWAN MUDA

Casablanca Store merupakan perniagaan yang diterajui oleh tiga orang usahawan muda. Casablanca Store ditubuhkan pada  pada Februari 2016 dan menawarkan pelbagai jenis fabrik seperti kain cotton vietnam, kain sulam, silk dan sebagainya. Perniagaan ini telah berjalan hampir 1 bulan secara serius menerusi kaedah promosi melalui media sosial (Facebook). Pelanggan Casablanca store  bukan hanya dari semenanjung Malaysia, malahan Sabah, Sarawak dan Brunei merupakan pelanggan setia Casablanca Store. Kualiti dan harga yang murah menarik minat para pelanggan membeli di Casablanca Store. Perkhidmatan penghantaran barangan fabrik bagi Casablanca Store diedarkan  melalui PosLaju, self pick up dan cash on delivery di sesetengah kawasan yang tertentu.

Sikap ingin memperluaskan perniagaan dalam diri setiap rakan kongsi memberi impak yang besar dalam memperkembangkan perniagaan Casablanca Store. Sebelum menjalankan perniagaan ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan pemasaran, akaun dan usahawanan. 

 

Nama Pemilik:                Nursyahirah Binti Anuar, Nur Syazwani Mohd Yusoff, Erny Roslina Binti Sardan

Facebook:                       Kedai Kain Cotton (Jempol)

 

COVER FOTO

Senarai nombor telefon usahawan muda yang menerajui Casablanca Store. 

 


 

 E-ONE POMEN -BENGKEL MOTORSIKAL

E-One Pomen merupakan sebuah bengkel motorsikal yang menjadi tumpuan oleh masyarakat  di sekitar Felda Lui Selatan. Perniagaan ini diusahakan oleh anak muda tempatan iaitu Ahmad Razuwan Bin Abdul Rahim bermula tahun 2011. E-One Pomen menawarkan khidmat membaiki motorsikal yang murah dan berkualiti tinggi. Ini mendorong masyarakat sekitar menggunakan khidmat bengkel motorsikat tersebut.

Nama Pemilik:              Ahmad Razuwan Bin Abdul Rahim

Alamat Asal:                  No. 116, Blok 10, Felda Lui Selatan 2,

                                     72120 Bandar Seri Jempol,

                                     Negeri Sembilan Darul Khusus.

No. telefon:                    019-6623321

PAPAN TANDA BENGKEL E-ONE POMEN

Khidmat Bengkel E-One Pomen

 


 

ITA KITCHEN MELEBARKAN SAYAP PERNIAGAANNYA

Ita’s Kitchen ialah perniagaan kecil-kecilan yang menawarkan dan mengedar pelbagai jenis kek, biskut, pastri dan roti. Perniagaan ini telah berjalan hampir 6 bulan secara serius menerusi kaedah promosi melalui media sosial (Facebook dan Instagram), pengaruh lingkaran dan flyers. Ketika ini premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik di kawasan perumahan iaitu di Felda Lui Selatan 2, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Ita’s Kitchen kini mempunyai pelanggan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak melalui pengedaran produk yang tahan lama yang diedarkan melalui PosLaju, self pick up dan cash on delivery di sesetengah kawasan yang tertentu. Selain itu “Online Baking Class” baru sahaja dilancarkan selama 2 bulan dan bilangan pelajar melebihi 10 orang dari dalam dan luar negara.

Sebelum menjalankan perniagaan ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek, biskut, pastri serta roti yang sewajarnya daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek di Shah Alam, Kuala Lumpur, Seremban dan Kuantan. Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan status sosio ekonomi, pemilik telah berusaha mengumpul wang daripada pendapatan bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli 2 buah oven, sebuah semi-heavy duty cake mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan.

Ini adalah sebahagian daripada langkah mempersiapkan diri pemilik untuk menjadi seorang pengurus syarikat yang bijak dan berkaliber. Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan beragama Islam juga telah menjadi pendorong kepada pemilik untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelopori oleh kaum bukan bumiputera. Seterusnya, pemilik juga dapat menyumbang kearah peningkatan bilangan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain terutama Warga Felda.

Nama Pemilik:                Norzita Binti Jaafar

No. K/P:                         820609-05-5444

Alamat Asal:                   B-137, Felda Lui Muda,

                                      72120 Bandar Seri Jempol,

                                      Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email Address:                Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.atauAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook:                       Norzita Jaafar

Instagram:                       itaskitchen

Antara produk popular keluaran Ita's Kitchen - cream puff gebu dan tat keju.