AYURA TERAPI KASTURI & COLLAGEN
Perniagaan ini diasaskan oleh Halimah Binti Abdul Ghani. Beliau merupakan agen sah Ayura Terapi .Pelbagai produk kesihatan dan produk kecantikan jenama Ayura Terapi seperti minyak angin collagen, minyak angin kasturi, balsem, produk kelangsingan bada. Beliau juga menyediakan perkhidmatan dari rumah ke rumah.
IKAN SEMBILANG SALAI
Perniagaan ini diasaskan oleh Norsaffiah Bin Majeran. Beliau memulakan pernigaan sejak tahun 2020 secara kecil-kecilan dirumahnya. Beliau menjual ikan sembilang hidup, ikan sembilang salai, sambal hitam dan beluluk. Beliau juga menyediakan perkhidmatan dari rumah ke rumah.
KEDAI NASI LEMAK KAK ILA
Perniagaan ini diusahawan oleh Puan Noriah yang merupakan anak peneroka Felda Lui Selatan.Beliau telah mengusahakan perniagaan sejak 2001. Pelbagai menu sarapan yang dijual seperti nasi lemak, lontong, mee goreng, bihun goreng. Waktu perniagaan beliau dari 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
KERABU SUZULIZA
Perniagaan ini diasaskan oleh Suzuliza Nizam. Beliau memulakan pernigaan sejak tahun 2019 secara kecil-kecilan dirumahnya. Beliau juga merupakan menantu peneroka Felda Lui Selatan. Beliau juga menyediakan perkhidmatan dari rumah ke rumah.
TAYLOR CIK INN
Kedai Taylor Cik Inn menerima tempahan baju, cadar dan sarung bantal.
Nama pemilik: Puan Indrawaty