KISAH KEJAYAAN: Suhana binti Mohamed Said

UMUR: 34 TAHUN

Latar belakang

Puan Suhana binti Mohamed Said adalah penduduk tetap di Felda Lui Selatan 2. Beliau merupakan ibu kepada 3 orang anak dan bergelar surirumah. Suaminya adalah seorang pemnadu treler dan merupakan anak kepada peneroka di Felda Lui Selatan 2. 

Menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat telah mendorong puan Suhana untuk menambah pendapatan sampingan menerusi penjualan semula (reseller) produk-produk di pasaran sedia ada seperti Beyna Legacy, Shaklee dan sabun pencuci jenama Empkost. Beliau juga mengambil tempahan kek coklat lembap untuk pencuci mulut. Tempahan diambil daripada jiran sekeliling, rakan dan saudara-mara.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Puan Suhana telah mendaftarkan diri sebagai ejen produk Beyna Legacy, Shaklee dan sabun pencuci Empkost. Pada permulaannya, beliau hanya mempromosikan produk di aplikasi Whatsapp sahaja. Selepas itu, beliau dipelawa oleh petugas PEDi Felda Lui Selatan untuk mengikuti bengkel keusahawanan iaitu bengkel Shopee. Beliau diberikan tunjuk ajar untuk menetapkan kedai online sendiri di Shopee dan diberikan bimbingan untuk mengendalikan akaun perniagaan di Shopee Seller Center. Disamping itu, beliau turut mempromosikan produk di Facebook untuk menambah pelanggan baru.

Dalam bengkel berasingan, puan Suhana juga telah menyertai bengkel kesedaran siber sekuriti anjuran PERKESO dan bengkel asas pembangunan web bersama golongan pencari kerja pada bulan Ogos 2023. Beliau juga pernah menyertai bengkel taklimat mengenai geran Tekun Nasional dan bantuan pinjaman perniagaan TUNS bagi menambah modal perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti bengkel keusahawanan anjuran PEDi Felda Lui Selatan, puan Suhana memperoleh ilmu dalam mengendalikan akaun perniagaan di Shopee. Beliau semakin mahir menggunakan akaun Shopee dan berjaya menambah pelanggan dari luar Negeri Sembilan. Beliau turut berjaya memperoleh bantuan perniagaan daripada Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan berjumlah RM3000.00. Bantuan ini sangat berguna kepada beliau untuk menambah modal perniagaan dan menambah stok barangan sedia ada. 

Sebelum ini, puan Suhana hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM350 sahaja sebulan. Kini, pendapatan beliau boleh mencecah sehingga RM1000 sebulan hasil daripada jualan secara dalam talian

suhana  

Caption: Gambar menunjukkan Puan Siti Normastura sedang mengikuti bengkel asas keusahawanan anjuran PEDi Felda Lui Selatan.