KISAH KEJAYAAN: Muhammad Aiman Haries bin Radzi

UMUR: 14 Tahun

Latar belakang

Muhammad Aiman Haries bin Radzi merupakan salah seorang anak peneroka yang menetap di Felda Lui Selatan 2. Beliau mula mendaftar sebagai ahli pada bulan November 2015. Beliau merupakan pengunjung tetap di PEDi Felda Lui Selatan dan sering mengikuti program atau bengkel anjuran petugas PEDi Felda Lui Selatan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Muhammad Aiman Haries pada mulanya hanya datang ke PEDi Felda Lui Selatan untuk melayari internet dan menyiapkan kerja sekolah. Sejak PEDi Felda Lui Selatan memperkenalkan bengkel STEM-IoT pada bulan Jun 2023, Muhammad Aiman Haries dan rakan-rakannya sering menyertai program anjuran PEDi. Menginjak usia 14 tahun, beliau dan rakan-rakannya mula terarah untuk mencari aktiviti yang bermanfaat dan menguji minda.

Dalam bengkel STEM-IoT ini, Muhammad Aiman Haries diberikan tunjuk ajar untuk mengenali dan menggunakan laman sesawang www.engineering.com. Laman sesawang ini memiliki pelbagai jenis permainan STEM-IoT secara dalam talian. Kesemua permainan ini boleh menguji minda dan kreativiti peserta untuk menyelesaikan satu-satu permainan mengikut masa yang ditetapkan.

Selain itu, beliau turut diberikan tunjuk ajar untuk mempelajari bengkel asas ICT seperti asas emel dan laman carian Google terutamanya untuk mencari maklumat mengenai tugasan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Selepas mengikuti bengkel STEM-IoT, Muhammad Aiman Haries memperoleh ilmu pengetahuan dalam asas ICT seperti pengetahuan mengenai tetapan emel dan mencari maklumat menerusi laman sesawang Google. Selain itu, beliau juga turut memperoleh manfaat daripada aktiviti permainan STEM-IoT yang dianjurkan oleh PEDi Felda Lui Selatan bersama rakan-rakannya.

Bengkel STEM-IoT yang dijalankan oleh PEDi Felda Lui Selatan juga bersifat mesra peserta dan mampu mendidik disamping menyediakan aktiviti yang menyeronokkan kepada peserta.

  haries

Caption: Muhammad Aiman Haries (tengah) sering mengikuti bengkel STEM-IoT di PEDi Felda Lui Selatan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.