KISAH KEJAYAAN: SITI NAZARIAH BINTI AZMAN

UMUR: 34 TAHUN

Latar belakang

Puan Siti Nazariah binti Azman adalah penduduk tetap di Felda Lui Selatan 2. Beliau merupakan ibu kepada 3 orang anak dan adalah surirumah sepenuh masa. Suaminya bekerja sebagai pembantu kebun di Sekolah Kebangsaan Felda Lui Selatan.   

Kehidupan serba sederhana bersama 3 orang anak yang masih bersekolah telah mendorong Puan Siti Nazariah untuk menceburkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau berhasrat untuk menambah pendapatan keluarga ke tahap yang selesa

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Puan Siti Nazariah bertekad untuk mempelajari ilmu pembuatan aneka jenis roti di Youtube Beliau juga mempunyai kemahiran membuat kuih-muih tradisional seperti abok-abok, wajik dan kuih dangai. Beliau telah berkunjung ke NADI Felda Lui Selatan untuk melayari internet bagi mendapatkan pelbagai resepi roti homemade dan kuih-muih tradisional yang lain. Hasil daripada pembelajaran di Youtube, Puan Siti Nazariah mula melakukan eksperimen sendiri di rumah dan berjaya menghasilkan produk roti yang sedap dan gebu.

Dalam bengkel yang lain, puan Siti Nazariah juga telah diberikan tunjuk ajar oleh petugas NADI Felda Lui Selatan untuk mempromosikan produk di Facebook dan menerbitkan stories berkenaan produk jualan bagi menarik pelanggan baru. Disamping itu, beliau turut berpeluang untuk memohon bantuan pinjaman perniagaan TUNS dengan bimbingan Rakan Digital NADI Felda Lui Selatan bagi menambah modal perniagaan dan membeli bahan-bahan mentah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti bengkel keusahawanan anjuran NADI Felda Lui Selatan, puan Siti Nazariah memperoleh ilmu baru dalam pembuatan pelbagai jenis roti homemade dan kuih-muih tradisional. Beliau berjaya memperbaharui resepi mengikut kesesuaian dan permintaan pelanggan. Tempahan pelanggan juga sudah meningkat saban bulan termasuk tempahan untuk kuih-muih tradisional.

Beliau juga sudah mahir mengendalikan laman sosial Facebook dan aktif mempromosikan produk di platform Facebook. Beliau juga kerap mengemaskini status di aplikasi Whatsapp bertujuan untuk menarik perhatian para pelanggan.

Sebelum ini, puan Siti Nazariah hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM200 sahaja sebulan. Kini, pendapatan beliau boleh mencecah sehingga RM1000 sebulan hasil daripada jualan secara dalam talian.

  NAZARIAH AZMAN GAMBAR

Caption:  Puan Siti Nazariah berjaya menarik minat pelanggan baru untuk mendapatkan produk roti homemade dan kuih-muih tradisional secara dalam talian.