KISAH KEJAYAAN: MOHAMAD FARIS NAIM BINTI MOHD NAZRI

UMUR: 13 Tahun

Latar belakang

Muhammad Faris Naim merupakan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat. Muhammad Faris Naim adalah anak ketiga daripada 4 beradik. Beliau merupakan ahli di NADI Felda Lui Selatan sejak tahun 2019 dan kerap mengunjungi NADI Felda Lui Selatan untuk melayari internet. Beliau kini menetap bersama keluarga di Felda Lui Selatan 1.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Pada mulanya, Muhammad Faris Naim kerap hadir ke NADI Felda Lui Selatan untuk melayari internet sahaja. Beliau juga mengambil peluang untuk melaksanakan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Disebabkan banyak tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan komputer dan internet, Muhammad Faris Naim meminta bantuan daripada petugas NADI Felda Lui Selatan untuk membimbing beliau. Dalam bengkel e-pembelajaran yang disertai, Muhammad Faris Naim telah mengikuti aktiviti menaip secara dalam talian di laman sesawang Fast Typing. Laman sesawang ini menggalakkan peserta supaya menaip beberapa perkataan sebanyak mungkin dalam masa 1 minit. Latihan ini diteruskan dari masa ke semasa untuk meningkatkan kemahiran menaip. Tambahan pula, aktiviti e-pembelajaran seperti kuiz mata pelajaran di laman sesawang Quizizz turut menjadi pilihan Muhammad Faris Naim untuk menambah ilmu pengetahuan.

Selain itu, Muhammad Faris Naim dan rakan-rakannya sering menyertai program STEM-IoT anjuran NADI. Beberapa permainan dalam talian yang bertemakan STEM-IoT telah menarik minat Muhammad Faris Naim untuk sama-sama menyertai kerana beliau mula terarah untuk mencari aktiviti yang bermanfaat dan menguji minda. Dalam bengkel STEM-IoT ini, Muhammad Faris Naim diberikan tunjuk ajar untuk mengenali dan menggunakan laman sesawang www.engineering.com. Laman sesawang ini memiliki pelbagai jenis permainan STEM-IoT secara dalam talian. Kesemua permainan ini boleh menguji minda dan kreativiti peserta untuk menyelesaikan satu-satu permainan mengikut masa yang ditetapkan.

Selain itu, beliau turut diberikan tunjuk ajar untuk mempelajari bengkel asas ICT seperti laman carian Google terutamanya untuk mencari maklumat mengenai tugasan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti beberapa bengkel anjuran NADI Felda Lui Selatan, Muhammad Faris Naim semakin mahir menaip perkataan dalam tempoh kurang seminit. Beliau mampu menaip sebanyak 41 patah perkataan dengan betul dalam tempoh seminit. Selain itu, beliau juga turut memperoleh manfaat daripada aktiviti permainan STEM-IoT yang menguji minda dan strategi bersama rakan-rakannya. Bengkel STEM-IoT yang dijalankan oleh NADI Felda Lui Selatan juga bersifat mesra peserta dan mampu mendidik disamping menyediakan aktiviti yang menyeronokkan kepada peserta.

  FARIZ NAIM

Caption: Caption: Muhammad Faris Naim (baju biru) sedang mengikuti bengkel e-pembelajaran Fast Typing anjuran NADI Felda Lui Selatan. Bengkel ini boleh menambah kemahiran dan keupayaan menaip secara pantas kepada peserta.