KISAH KEJAYAAN: NUR DAMIA ALYSSA BINTI NORFAIZAL
UMUR: 14 TAHUN
Latar belakang
Nur Damia Alyssa binti Norfaizal atau mesra disapa Damia adalah pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat. Beliau kini menetap bersama keluarga di Felda Lui Selatan 2 dan sudah mendaftar sebagai ahli NADI Felda Lui Selatan sejak tahun 2021.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Semasa mula mendaftar, Damia hanya mengunjungi NADI Felda Lui Selatan untuk melayari internet sahaja. Sejak mengikuti kumpulan belajar bersama rakan-rakannya, Damia kerap hadir ke NADI Felda Lui Selatan untuk mencari info di laman carian Google bagi menyiapkan tugasan sekolah.
Selain itu, Damia juga dipelawa untuk mengikuti bengkel e-pembelajaran anjuran NADI Felda Lui Selatan antaranya menjawab soalan kuiz di laman sesawang Quizizz dan menyertai latihan menaip di laman sesawang www.typingtest.com. Bengkel e-pembelajaran ini menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran ICT kepada Damia dan rakan-rakan.
Tambahan lagi, beliau turut diberikan tunjuk ajar untuk mengemaskini aplikasi TikTok dan memuat turun lagu daripada aplikasi media sosial popular tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti bengkel e-pembelajaran dan asas ICT anjuran NADI Felda Lui Selatan, tahap kebolehan menaipnya turut meningkat dan semakin mahir menggunakan papan kekunci komputer. Selain itu, beliau juga turut memperoleh manfaat daripada bengkel e-pembelajaran seperti kuiz pelbagai subjek yang dijalankan oleh NADI Felda Lui Selatan. Latihan yang bersifat mesra peserta dan mampu mendidik ini diharap dapat menyediakan aktiviti yang menyeronokkan kepada peserta
Caption: Caption: Menerusi bengkel e-pembelajaran dan asas ICT yang telah dijalankan diharap dapat menarik minat lebih ramai komuniti untuk hadir ke NADI Felda Lui Selatan.