KISAH KEJAYAAN: NORZIAH BINTI AHMAD

UMUR: 38 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Puan Norziah binti Ahmad merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan merupakan salah seorang ahli berdaftar PEDi Felda Lui Selatan sejak bulan Oktober 2017. Beliau juga adalah seorang orang kelainan upaya yang mengalami kecacatan fizikal. Puan Norziah telah dipelawa oleh rakannya untuk turut serta menyertai bengkel asas aplikasi komputer anjuran PEDi Felda Lui Selatan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Pada awalnya, Puan Norziah sekadar memenuhi pelawaan rakannya sahaja kerana beliau mengakui tidak mempunyai kemahiran dalam penggunaan aplikasi komputer. Justeru, beliau telah mengikuti bengkel asas komputer anjuran PEDi Felda Lui Selatan sejak bulan Februari 2018.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Selepas lebih empat bulan mengikuti bengkel asas aplikasi komputer dan internet, Puan Norziah semakin mahir menggunakan peralatan komputer dan telah mempelajari ilmu aplikasi komputer yang sering digunakan. Dalam sesi bengkel tersebut, beliau telah diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan perisian Microsoft Office, laman carian Google, bengkel kesedaran internet dan perisian Dashboard Komuniti. Meskipun keadaan fizikal beliau yang hanya bergantung kepada satu tangan sahaja, namun semangat menimba ilmu yang ditunjukkan oleh Puan Norziah sewajarnya diberikan pujian. 

Hasil daripada pembelajaran tersebut, beliau kini semakin mahir menggunakan perisian komputer. Beliau juga mahir dalam meneroka butang fungsi edit untuk mengedit semula segala dokumen yang telah ditaip menerusi aplikasi Microsoft Office. Diharapkan dengan usaha ini, Puan Norziah akan lebih bersemangat untuk meneroka lebih banyak ilmu berkaitan perisian komputer di masa akan datang.    

 

623

(Puan Norziah telah menyertai kelas aplikasi komputer dan internet sejak bulan Februari 2018)