KISAH KEJAYAAN: ADRIANA MYA BATRISYIA BINTI NOR IZWAN

UMUR: 12 TAHUN

Latar belakang

Adik Aira Batrisyia binti Mohd Ridzwan merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Lui Barat. Beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarga. Seorang yang aktif dalam kegiatan ko kurikulum, beliau juga adalah seorang pelajar yang pintar di sekolah. Ibunya merupakan seorang peniaga kek dan kuih-muih. Ayahnya pula adalah seorang kontraktor yang bertapak di Felda Lui Selatan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sejak mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Komuniti, adik Aira sering mengunjungi Pusat Internet Komuniti Felda Lui Selatan bersama rakan-rakannya untuk mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan sekolah dan melayari internet. Adakalanya, beliau juga sering meminta tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet Komuniti khususnya dalam subjek Matematik. Bagi menambah ilmu pengetahuan, beliau dipelawa untuk menyertai bengkel asas ICT bersama rakan-rakannya untuk mengguna pakai aplikasi komputer oleh petugas seperti perisian Microsoft Office Word, Powerpoint, Excel dan Publisher. Menerusi bengkel ini, banyak input yang dikongsikan oleh petugas terutamanya dalam modul editing documents. Beliau turut diberikan latihan lanjutan untuk menyiapkan tugasan mengedit dokumen supaya mahir untuk mengguna pakai fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.

Adik Aira juga berpeluang menyertai bengkel-bengkel advokasi SKMM anjuran Pusat Internet Komuniti. Program ini dilaksanakan sejurus selepas bengkel asas ICT diadakan bagi menambah ilmu pengetahuan berkenaan kempen advokasi. Antara aktiviti yang disertai termasuklah tayangan video dan kuiz Klik Dengan Bijak, Check Your Label, Sebenarnya.my dan Mobile E-Waste. Beliau juga diberikan tunjuk ajar untuk melayari laman sesawang e-pembelajaran yang terpilih supaya mudah dijadikan rujukan pembelajaran dalam subjek kritikal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti bengkel asas ICT anjuran Pusat Internet Komuniti Felda Lui Selatan, adik Aira menunjukkan perkembangan yang positif dalam kemahiran mengguna pakai aplikasi Microsoft Office. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan cepat mengadaptasi ilmu baru yang dikongsikan oleh petugas. Dengan bantuan kemudahan yang ada di Pusat Internet Komuniti, adik Aira mudah untuk mengakses internet berkelajuan tinggi bagi melayari laman sesawang e-pembelajaran bagi tujuan ulangkaji.

Disamping itu, adik Aira juga mendapat manfaat daripada bengkel advokasi SKMM yang disertai bersama rakan-rakannya. Program ini diharap dapat menambah input dan kesedaran berinternet secara berhemah kepada beliau dan rakan-rakan agar menjadi masyarakat bermaklumat suatu hari nanti.

AIRA

Caption: Menerusi bengkel asas ICT yang dianjurkan, adik Aira mendapat manfaat dalam ilmu ICT dan bengkel advokasi bagi melengkapkan diri untuk menjadi seorang pelajar yang berilmu pengetahuan