TAMAN EKO-RIMBA ULU BENDUL
Taman Eko-Rimba Ulu Bendul merupakan hutan Dipterokarp Tanah Pamah dan Hutan Dipterokrap Bukit yang terletak di Hutan Simpan Angsi. Puncak Gunung Angsi merupakan tarikan utama di taman eko-rimba ini dengan ketinggian 825 meter atau 2,702 kaki dengan jarak laluan dari Bukit Putus ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul sejauh 8.89km. Kepelbagaian rupa bumi di Gunung Angsi melalui proses luluhawa dan hakisan yang terkawal menyebabkan gunung ini mempunyai landskap yang menarik seperti sungai, jeram dan air terjun yang menjadi tumpuan pengunjung ke sini.
Lokasi
Taman Eko-Rimba Ulu Bendul terletak 24km dari Bandar Seremban melalui jalanraya Seremban ke Kuala Pilah. m
Kemudahan
Pelbagai kemudahan yang ditawarkan di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul seperti berikut:-
- a) Mendaki gunung
- b) Memerhati hidupan liar
- c) Memerhati burung
- d) Berkhemah
- e) Berkelah
Alamat
Taman Eko-Rimba Ulu Bendul
71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-4888950
Koordinat: 2.727412, 102.077722
Sumber: http://forestry.ns.gov.my/index.php/my/ulu-bendul