TERATAK ZA'BA

collage 2017 10 11 3

 

SEJARAH PENUBUHAN

Hasrat untuk menubuhkan memorial khas untuk Pendeta Za'ba telah lama berada dalam pemikiran Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Dato' Seri Utama Tan Sri A. Samad Idris. Bagaimanapun dalam kesibukan waktu, idea itu tertinggal begitu sahaja tetapi dibangkitkan semula pada tahun 1995 sempena satu abad kelahiran Za'ba. Hasrat murni itu disampaikan kepada Y.A.B. Menteri Besar, Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Haji Abdul Samad dan 'gayung dihulur' disambut baik oleh pucuk pimpinan negeri yang cukup dikenali kerana keprihatinannya terhadap sumbangan tokoh berjasa.


Selain penglibatan langsung Dato' Haji Lillah Haji Yassin (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan), Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri; usaha ini turut mendapat sokongan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti serta Jabatan Kerja Raya yang dipertanggungjawabkan mengurus pembinaan bangunan yang diberi nama Teratak Za'ba ini.


Akhirnya Teratak Za'ba telah berjaya disiapkan dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato' Hj. Abdul Samad pada 5 Februari 2001. Bermula pada tarikh itu Teratak Za'ba telah dibuka kepada orang ramai sebagai salah satu produk dan kawasan pelancongan yang berunsurkan pendidikan di Negeri Sembilan. Bahan utama bangunan ini diperbuat daripada Kayu Cengkal (penak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Antara ciri-ciri pertukangan melayu di bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak.

Pameran Teratak Za'ba

BIBLIOGRAFI

Di ruangan ini pelawat boleh membaca sendiri perjalanan hidup Za'ba dengan lebih terperinci mengikut susunan tahun. Dari beliau baru dilahirkan, memasuki alam persekolahan, pekerjaan hinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Za'ba atau Zainal Abidin bin Ahmad bin Ibrahim bin Hj Ahmad bin Hj Amil telah dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.

PERIBADI

Ruang ini memaparkan ruang peribadi dan minat Za'ba dalam bidang penulisan dan seni. Beliau banyak menghasilkan buku-buku bacaan ketika bertugas sebagai penterjemah di pejabat karang-mengarang MPSI, Tanjung Malim. Mesin taip yang ada adalah contoh mesin taip yang digunakan semasa bertugas di sana. Peti nyanyi yang ada menunjukkan bahawa Za'ba amat meminati seni.

Meja dan kerusi dari kayu asli adalah yang digunakan oleh Za'ba. Ruang ini cukup segar dan memang sesuai dengan identitinya sebagai ruang peribadi Za'ba.

PAKAIAN

Sudut ini memaparkan pakaian-pakaian pada zaman PendetaƂ Za'ba dahulu. Dari segi berpakaian, Za'ba merupakan seorang yang ringkas. Beliau lebih memandang kepada keselesaan, tetapi bagi beliau berpakaian mempunyai dua aspek penting. Yang pertama ialah pakaian di kepala dan kedua ialah pakaian di badan.

Yang dimaksudkan dengan pakaian di kepala ialah bagi seorang lelaki melayu ia haruslah memakai songkok apabila memakai baju melayu, apabila ia hendak sembahyang dan semasa makan. Bagi seorang wanita Islam pula, setiap helai rambut hendaklah ditutup dengan tudung sesuai dengan tuntutan agama. Pakaian pada badan pula ialah pakaian yang dianggap bersopan santun dan melambangkan adat orang timur. Pakaian tersebut pada dasarnya hendaklah menutup aurat sesuai dengan bentuk dan saiz badan.

Nyata Za'ba juga gemar mengenakan baju putih ala Inggeris terutamanya pakaian begini memang menjadi pakaian rasmi. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Inggeris merupakan satu faktor utama dalam setiap aspek khasnya pakaian.

SUDUT UMUM

Ruangan ini mempamerkan barangan antik dan dijadikan contoh barangan yang digunakan oleh Pendeta Za'ba di mana barang-barang ini adalah barangan antik yang wujud sezaman dengan Za'ba. Antaranya adalah jam dinding, jam tangan berkunci, mesin taip, almari kayu, cermin mata dan tongkat. Semua barang-barang ini masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.

Memang tidak dinafikan barang-barang yang dihasilkan pada masa dahulu mempunyai nilai ketahanan yang tinggi kerana bahan buatannya adalah asli dan tidak banyak bahan campuran. Almari kayu yang dipertontonkan adalah almari yang digunakan untuk menyimpan buku-buku oleh Za'ba suatu ketika dahulu. Ruangan ini agak terhad namun rekabentuk dalamannya cukup untuk menggambarkan suasana rumah Za'ba pada zaman dahulu.

MULTIMEDIA DAN PERPUSTAKAAN

Turut disediakan di ruangan ini adalah bahan-bahan multimedia seperti risalah dan cakera padat mengenai kehidupan, aktiviti penulisan Za'ba dan juga buku-buku mengenai Za'ba. Di sudut ini pengunjung boleh menggunakan kiosk untuk melihat maklumat-maklumat mengenai Za'ba dan melalui VCD yang dihasilkan. Selain dari itu, pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat melalui pembacaan buku yang dipamerkan. Antara buku-buku yang boleh diperolehi adalah Gema Serunai Hati 6 dan Pengkisahan Sejarah Za'ba. Manakala VCD yang dihasilkan adalah Permata Di Bumi Perpatih dan Bahasa dan Sastera.

Alamat dan Direktori:-
Teratak Za'ba
Kg. Bukit Kerdas
Batu Kikir, Jempol
Tel/Fax : 06-498 5193

 

SUMBER:http://lmns.ns.gov.my/en/index.php/2012-09-28-00-22-39/2012-10-03-01-06-37/teratak-za-ba

 

 

 

TUGU PERINGATAN SG.LUI

 

collage 2017 10 11 2

 

PENGENALAN

Tugu Peringatan Sg. Lui merupakan sebuah monumen sejarah yang dibina pada tahun 2000. Tugu ini terletak di mukim serting Ulu, daerah Jempol, Negeri Sembilan. Tugu ini terletak 21 Km daripada Felda Lui Selatan. Tugu ini dibina sebagai memperingati 399 orang Cina yang dibunuh kejam padazaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1941, tentera Jepun telah melancarkan serangan ke Asia Tenggara dan membunuh orang-orang yang tidak berdosa terutama kaum Cina. Sebahagian kaum Cina melarikan diri di kawasa pedalaman Sg. Lui untuk menyelamatkan diri. Malangnya tentera Jepun telah melancarkan sekatan di jalan-jalan utama serta membunuh kaum cina tanpa mengira usia samada bayi atau dewasa. Seramai 399 orang ditanam dalam satu lubang oleh Tentera Jepun. Tugu ini merupakan salah satu sejarah yang sangat berguna untuk diteladani. 


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp
 

 

 

 

JERAM TENGKEK

collage 2017 10 11

 

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah dan beriadah. Di samping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.  

Untuk sampai ke Jeram Tengkek Recreational Forest, pengunjung perlu melalui jalan NR 9 dari Kuala Pilah sehingga Batu Kikir. Mengikut N19 dan kemudian ke N124, sehingga pengunjung sampai Kg Tengkek kecil. Pengunjung perlu memandu dengan berhati-hati pada jalan pedalaman ini, kerana mungkin akan berkongsi jalan dengan jumlah-jumlah lembu yang besar. Setelah mengikuti semua penanda arah di hutan tersebut pengunjung akan sampai terus ke pintu masuk dan tempat letak kereta. Taman yang kelihatan kawasan tersebut dikekalkan ekosistemnya, terdapat tapak-tapak perkhemahan dan chalet-chalet untuk disewa.

 

sumber: http://pdtjempol.ns.gov.my/index.php/2012-09-06-16-00-25/2012-11-13-04-33-05/pelancongan/152-hutan-lipur-jeram-tengkek

HOMESTAY F'BEST

 

collage 2017 10 11 1

 

Latarbelakang

Homestay ini telah bermula sejak Januari 2004 dan F Best digunakan sebagai nama homestay ini kerana ia merupakan jenama produk Felda. Tarikan utama homestay ini ialah pengalaman kehidupan harian peneroka Felda yang diketahui umum sebagai mereka yang terlibat dalam sektor asas tani. Majoriti penduduk di kawasan ini merupakan peneroka berbangsa Melayu, India dan Cina. Buat masa ini, terdapat seramai 40 penduduk yang menyertai sebagai peserta tuan rumah di program homestay ini.

 

Lokasi

F Best Homestay terletak 15.8 Km iaitu 14 minit daripada Felda Lui Selatan dan  terletak kira-kira 100 km dari Bandar Seremban yang merangkumi tujuh rancangan Felda yang meliputi 6805 hektar kawasan perkampungan dan ladang. Ianya juga terletak berdekatan PULAPOL dan merupakan laluan ke beberapa tempat menarik di Pantai Timur seperti Tasik Chini.

Pengunjung boleh menaiki teksi atau bas (Damai Express, SKB Express dan Transnasional) untuk ke homestay ini dari Seremban ke Bahau. Dari Pekan Bahau, lazimnya pihak homestay akan mengatur untuk membawa pengunjung ke homestay menggunakan kereta atau van. Perjalanan menggunakan kereta dari Seremban akan melalui Kuala Pilah, Batu Kikir dan Bandar Seri Jempol. Laluan ini merupakan laluan ke Pantai Timur.

 

Alamat F Best Homestay

Pejabat Felda Serting Hilir 4, Serting Hilir Kompleks,
72120 Bandar Sri Jempol,
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-4685424 Faks:06-4685424
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

SUMBER:http://pdtjempol.ns.gov.my/index.php/2012-09-06-16-00-25/2012-11-13-04-33-05/pelancongan/159-homestay-f-best

43967 orig

 

Hutan Lipur De Bana atau kini dikenali sebagai Kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) Hutan Lipur De Bana terletak di daerah Serting, Negeri Sembilan. Hutan Lipur De Bana terletak di kawasan Lui dan sebahagian daripada hutan simpanan Pasoh yang berada di ketinggian lebih kurang 200 meter dari paras laut. Lokasi kawasan ini terletak 18 km dari Pekan Serting melalui Jalan Bahau-Serting dan 96 km dari Bandar Seremban. Hutan Lipur De Bana terletak di dalam Hutan Simpan Pasoh yang merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah. 

 

Sebaik sahaja pengunjung masuk ke kawasan ini, kita boleh lihat gunung-ganang yang menjadi latar belakang hutan lipur ini. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini seperti pondok rehat, tapak perkhemahan dan denai hutan.

 

Selain dibangunkan kem latihan untuk para pelatih PLKN, hutan ini juga dibuka untuk orang ramai yang ingin beriadah dan berkelah di air terjun yang terdapat di sini. Kawasan sekitar yang bersih dan nyaman sesuai untuk dijadikan tempat berkumpul bagi seisi keluarga. Bagi yang sukakan cabaran, boleh mencuba aktiviti jungle trekking dengan meredah denai dan hutan mengikut laluan yang disediakan. Hutan lipur De Bana dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

 

Pejabat Hutan Daerah,

Negeri Sembilan Timur,

72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tel : 606-4811 036

Faks : 606-4842 171