ISTANA LAMA SERI MENANTI
Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.
Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.
Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.m
Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Lama_Seri_Menanti
TAMAN EKO-RIMBA ULU BENDUL
Taman Eko-Rimba Ulu Bendul merupakan hutan Dipterokarp Tanah Pamah dan Hutan Dipterokrap Bukit yang terletak di Hutan Simpan Angsi. Puncak Gunung Angsi merupakan tarikan utama di taman eko-rimba ini dengan ketinggian 825 meter atau 2,702 kaki dengan jarak laluan dari Bukit Putus ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul sejauh 8.89km. Kepelbagaian rupa bumi di Gunung Angsi melalui proses luluhawa dan hakisan yang terkawal menyebabkan gunung ini mempunyai landskap yang menarik seperti sungai, jeram dan air terjun yang menjadi tumpuan pengunjung ke sini.
Lokasi
Taman Eko-Rimba Ulu Bendul terletak 24km dari Bandar Seremban melalui jalanraya Seremban ke Kuala Pilah. m
Kemudahan
Pelbagai kemudahan yang ditawarkan di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul seperti berikut:-
- a) Mendaki gunung
- b) Memerhati hidupan liar
- c) Memerhati burung
- d) Berkhemah
- e) Berkelah
Alamat
Taman Eko-Rimba Ulu Bendul
71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-4888950
Koordinat: 2.727412, 102.077722
Sumber: http://forestry.ns.gov.my/index.php/my/ulu-bendul
JUASSEH AGRO PARK
Juasseh Agro Park merupakan sebuah tempat tarikan pelancongan di Negeri Sembilan. Juasseh Agro Park merupakan sebuah ladang tenusu seluas 48 hektar. Berkeluasan 48 hektar, ladang dalam kawasan berstatus padang ragut itu menempatkan lebih 300 lembu tenusu baka Jersey dan Jersey Fresian, yang diimport dari Australia sejak 2007. Ladang ini dimiliki oleh Dato' Mohd Nor Abdul Wahid merupakan anak kelahiran Kampung Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan kepada pengunjung seperti flying fox, wall climbing, mini zoo, farm tour dan sebagainya. Penginapan juga disediakan kepada pengunjung untuk merasai suasana kampung.
Lokasi
NS Dairy Farm Sdn. Bhd
No. 3720, Padang Ragut, Rembeng Panas,
Negeri Sembilan.
Tel: 03-41060575
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
SUMBER: http://nsdairyfarm.com/
BUKIT TAISHO
Bukit Taisho merupakan tempat riadah dan sering dikunjungi oleh orang awam di sekitar Jempol. Bukit Taisho terletak di Bahau, Negeri Sembilan. Bukit Taisho sering dikunjungi oleh pendaki kerana ingin melihat keindahan semulajadi seperti awan karpet, matahri terbit dan matahari terbenam. Pengunjung hanya perlu mendaki selama 30 minit untuk sampai ke puncak bukit untuk melihat keindahan alam semulajadi.
Lokasi:
72100 Bahau, Negeri Sembilan.
HUTAN LIPUR SERTING ULU
PENGENALAN :
Hutan Lipur Serting Ulu adalah salah satu tempat menarik yang sering diperkatakan oleh penduduk tempatan Jempol . Ia terletak di bahagian Utara kira-kira 20 KM dari Bahau. Kawasan ini mula dimajukan pada tahun 1986 setelah ia ditemui sejak seratus tahun lalu. Jalan masuk ke Hutan Lipur ini agak sempit dan membenarkan hanya sebuah kereta untuk melaluinya sahaja. Keadaan ini menguji kesabaran para pemandu, kerana salah sebuah kereta terpaksa berhenti bagi memberi laluan kepada kenderaan dari arah yang bertentangan untuk melepasinya dalam satu masa.
Setelah menempuhi perjalanan lebih kurang dua kilometer, anda akan mula melihat kawasan hutan yang dijaga dengan rapi. Keriuhan suara kanak-kanak bermain dan bunyi aliran air sungai beriringan menyambut kedatangan anda, menggantikan kebingitan dan kesibukan kota. Terdapat satu projek membina chalet yang sedang giat dijalankankan bagi memastikan dapat memenuhi kehendak pengunjung yang teringin bermalam di kawasan ini.Ketika masuk ke kawasan hutan ini, mungkin anda tidak mempercayai kawasan tersebut yang bersih, tanpa sampah-sarap seperti di kebanyakan kawasan rekreasi lain.
Pada waktu ini anda akan dapat menghidu kesegaran udara. Untuk memasuki kawasan ini, anda perlu mendaki sedikit bukit dahulu, ketika ini anda mungkin mampu menghidu kesegaran dan kenyamanan udara di tempat ini. Sudah tentu anda akan mengakui inilah tempat yang tepat untuk merehatkan diri dan fikiran anda. Perkara yang pertama yang anda ingin lakukan mungkin merendamkan kaki anda di dalam air sungai yang sedang mengalir. Urutan batu-batu kecil dan kesejukan air yang mengalir pastinya dapat menghilangkan kepenatan memandu ke tempat ini. Terdapat sebuah jambatan gantung yang dibina untuk menghubungkan dua buah bukit di sini.
Bagi penggemar sukan lasak, Hutan Rekreasi Serting Ulu menawarkan tempat untuk berkhemah ataupun aktiviti untuk mendaki. Keindahan tempat ini pastinya menjadi faktor utama untuk anda kembali ke tempat ini.
sumber:http://pdtjempol.ns.gov.my/