71184123 495047264411610 161536717889732608 o

 

TV Kg Jkin Extreme Park, terletak di laluan lama Seremban Kuala Pilah, atau di kenali sebagai Bukit Putus yang berdekatan Ulu Bendul. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti Ride sendiri ATV dan mencabar adrenalin dengan Flying Fox, Monkey Zipline, Buaian Extreme

Selain itu, peserta juga boleh menikmati makananan masakan Negeri Sembilan di Kafe Dapo Pompuan Chantek yang terdapat disitu. Penginapan juga disediakan di Tree House atau Rumah Hobbit.

 

Sumber: https://www.facebook.com/pages/category/ATV-Recreation-Park/ATV-KG-JKIN-192309124685427/

 

 dusun durian

Salah satu tempat menarik di Jempol untuk menikmati durian yang sedap dan berkualiti ialah di Dusun Raudhatull Malek. Dusun Raudhatul Malek merupakan dusun durian terletak di Felda Lui Barat, Negeri Sembilan. Dusun ini dimiliki oleh Encik Abdul Hafidz bin Abdul Malek yang telah diusahakan semenjak1995. Dusun ini mempunyai 80 batang pokok durian dan mempunyai pelbagai  jenis klon durian seperti klon siam, klon daripada MARDI dan sebagainya.

 

Sumber: https://www.facebook.com/menarikdijempol/

 

 

collage 7

Taman Rekreasi D’Amaya terletak di Kampung Jeram Panjang yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Rekreasi Jeram Panjang. Taman ini merupakan salah satu produk pelancongan yang terletak berhampiran kawasan rancangan Palong. Berdekatan dengan kampung ini, wujudnya batu sempadan yang dikatakan sebagai titik pertemuan 3 Negeri iaitu Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Sebenarnya batu sempadan ini telah ditemui oleh penduduk kampung sebelum pegawai dari Jabatan Tanah dan Daerah Jempol mengesahkan ia adalah batu sempadan yang membabitkan 3 negeri. Taman rekreasi ini sesuai untuk pelbagai aktviti riadah bersama keluarga. Sungai yang semakin cantik dan juga terdapat pelbagai kemudahan yang telah dibina dikawasan ini.

sumber: http://jkkkjerampanjang.blogspot.com/2012/04/prasarana-kampung.html

 

collage strawberry 

Tempat menarik untuk dikunjugi di sekitar Jempol adalah Ladang Strawberry Tanah Rendah yang terletak di Palong 15. Ladang ini diusahakan oleh Encik Mohd Pilus dan isteri beliau iaitu Puan Norzila Borhan. Ladang ini mempunyai deretan buah strawberry segar yang ditanam di iklim biasa dan mendapat sambutan penduduk setempat. Selain buahnya  yang dijual, pengusaha turut mempelbagaikan produk daripada buah straberry termasuklah pembuatan aiskrim dan nasi lemak sambal strawberry.

 

Sumber: https://www.facebook.com/norzila.borhan

 

FRIM PASOH

frim pasoh aluminium tower 02

Sejak tahun 1970 hingga 1974, Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh (SPF Pasoh) menjadi tapak penyelidikan intensif ekologi dan dinamik hutan hujan pamah di bawah projek penyelidikan bersama Universiti Malaya dan International Biological Programme (IBM). Pasoh juga adalah merupakan tapak kajian utama bagi Projek Pembiakan Biologi Pokok Hutan, sebuah projek kerjasama antara Universiti Aberdeen dan Universiti Malaya dari tahun 1974 sehingga 1978. Sejak itu, pelbagai projek penyelidikan biodiversiti, produktiviti hutan, flora, fauna, mikrometeorologi, tanah, hidrologi dan kitaran nutrien telah dijalankan dengan kerjasama univerisiti-universiti tempatan.

Pada bulan Disember 1977, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah mengambil alih pengurusan hutan Pasoh daripada Universiti Malaya. Ia dicapai melalui kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Hutan Pasoh telah menjadi stesen penyelidikan hutan tropika yang terkemuka. Hal ini tidak akan tercapai tanpa komitmen daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang telah mengazetkan 1840 ha kawasan Hutan Simpan Pasoh sebagai hutan penyelidikan. Semua aktiviti penyelidikan dipantau oleh Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh (PRC) di FRIM sejak tahun 1999. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan juga merupakan ahli jawatankuasa tersebut.

Tarikan utama Hutan Simpan Pasoh adalah kepelbagaian floranya. Sebanyak 335,256 batang pokok berdiameter 1 sm dbh (diameter at breast height) dan ke atas, tergolong dalam 814 spesies, 294 genera dan 78 famili telah direkodkan didalam kawasan berkeluasan 50 ha. Famili tumbuhan yang paling sering dijumpai adalah Euphorbiaceae dan Annonaceae bagi pokok kecil, dan Dipterocarpaceae, Leguminosae dan Burseraceae. Spesies paling melimpah adalah Xerospermum noronhianum (Sapindaceae) yang juga dikenali sebagai ‘rambutan pacat’, mendominasi 2.5% daripada jumlah keseluruhan pokok. Bagi pokok 30sm dbh keatas, spesies paling melimpah adalah Shorea leprosula (meranti tembaga), daripada kaum Diptrerocarpaceae.

Sebagai sebuah hutan terpencil dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan kawasan guna tanah lain, pembentukan jurang hutan, akibat tiupan angin yang mematahkan dahan pokok besar atau kumpulan bokok adalah merupakan ciri yang biasa terdapat di Pasoh. Di dalam jurang ini, terdapat banyak anak pokok dan anak benih yang boleh dijumpai.

Walaupun Pasoh tidak lagi mempunyai haiwan berkarisma seperti harimau dan gajah, ia masih lagi mempunyai komposisi yang baik mamalia kecil, primat dan burung. Hari ini, Pasoh bukan sahaja dikunjungi oleh para penyelidik dari dalam dan luar Negara, ia juga berfungsi sebagai pusat pembelajaran bagi kanak-kanak sekolah,pelajar kolej dan pelajar university dan orang awam.

  Fasiliti Stesen

    1. Penginapan

    2. Perkhidmatan Internet

    3. Dewan Makan

    4. Pejabat

    5. Wakaf aktiviti

 

Fasiliti Penyelidikan

    1. Makmal

    2. Arboretum

    3. Menara Aluminium

    4. Titian Silara

    5. Denai Alam

    6. Plot kajian

Sumber:  https://www.frim.gov.my