KISAH KEJAYAAN: ADRIANA MYA BATRISYIA BINTI NOR IZWAN

UMUR: 12 TAHUN

Latar belakang

Adik Adriana Mya Batrisyia merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Beliau merupakan pelajar tahun 6 dan menuntut di Sekolah Kebangsaan Felda Lui Selatan. Adik Adriana berminat untuk mempelajari ilmu ICT sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah menengah kelak. Hal ini bagi memudahkan adik Adriana menyiapkan tugasan sekolah yang kebanyakannya perlu menggunakan perisian komputer dan internet

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum ini, adik Adriana sering mengunjungi PEDi Felda Lui Selatan bersama rakan-rakannya untuk mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan sekolah dan melayari internet. Beliau juga sering meminta tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet khususnya dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Sebagai permulaan, beliau dipelawa untuk menyertai bengkel asas ICT bersama rakan-rakannya untuk mengguna pakai aplikasi komputer oleh petugas seperti perisian Microsoft Office Word dan laman carian Google. Menerusi bengkel ini, banyak input yang dikongsikan oleh petugas terutamanya dalam modul editing.

Adik Adriana juga sering menyertai bengkel-bengkel advokasi SKMM sejurus selepas bengkel asas ICT diadakan bagi menambah ilmu pengetahuan berkenaan kempen advokasi. Antara aktiviti yang disertai termasuklah tayangan video dan kuiz Klik Dengan Bijak, Check Your Label, Sebenarnya.my dan Mobile E-Waste. Beliau juga berpeluang melayari laman sesawang e-pembelajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar petugas sebagai latihan tambahan bagi menghadapi peperiksaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa bulan mengikuti bengkel asas ICT anjuran PEDi Felda Lui Selatan, adik Adriana begitu gembira kerana semakin mahir mengguna pakai aplikasi Microsoft Word. Beliau juga cepat belajar khususnya dalam modul editing. Hal ini sangat berguna bagi membantu beliau menyiapkan tugasan sekolah yang memerlukan kaedah penyuntingan.

Disamping itu, adik Aqeef juga mendapat manfaat daripada bengkel advokasi SKMM yang disertai bersama rakan-rakannya. Diharap dengan bengkel ini, segala info berkenaan aktiviti advokasi dapat dijadikan pedoman di dalam kehidupan seharian.

MYA BATRISYIA

Caption: Menerusi bengkel asas ICT yang dianjurkan, adik Adriana (bertudung hitam) mendapat manfaat dalam ilmu ICT dan bengkel advokasi bagi melengkapkan diri sebelum melangkah ke dunia sekolah menengah

 

 

KISAH KEJAYAAN: SRI MURNI BINTI DOLLAH

UMUR: 28 TAHUN

Latar belakang

Cik Sri Murni binti Dollah telah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Lui Selatan pada awal tahun 2019. Beliau menetap di Felda Lui Selatan 2 bersama keluarganya. Memandangkan beliau merupakan anak bongsu di dalam keluarga dan masih belum berkahwin, beliau mengambil keputusan untuk membantu ibunya menjual pelbagai snek dan kudapan tradisional seperti kuih goyang dan kerepek pisang asli. Resepi zaman-berzaman ini diwarisi oleh ibunya yang pakar dalam pembuatan kuih-muih tradisional. Bagi mengembangkan potensi perniagaan ini, cik Sri Murni mencabar dirinya untuk memasarkan produk dari rumah dengan bantuan internet bagi menarik pelanggan baru.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Cik Sri Murni sering mengunjungi PEDi Felda Lui Selatan untuk melayari internet. Beliau meminta pendapat daripada petugas mengenai perancangannya untuk mengiklankan snek dan kudapan di luar kawasan Felda Lui Selatan. Petugas menyambut baik akan cadangan tersebut dan mencadangkan cik Sri Murni untuk mengikuti bengkel keusahawanan secara mingguan.

Dalam bengkel yang disertai, cik Sri Murni telah diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan aplikasi Whatsapp untuk mempromosikan perniagaan di status Whatsapp. Disamping itu, beliau turut mempelajari bengkel e-kerajaan seperti perbankan internet dan laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Proses pembelajaran ini penting bagi usahawan baru mendaftarkan perniagaan dan menggunakan kemudahan perbankan internet bagi memindahkan wang dan menyemak penyata semasa akaun. Cik Sri Murni juga digalakkan untuk mempromosikan produknya di laman beli belah Shopee bagi mengiklankan produk yang dijual dari semasa ke semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas beberapa kali mengikuti bengkel keusahawanan anjuran PEDi, cik Sri Murni mendapati perniagaan pada zaman kini perlu diiklankan di internet bagi menarik pelanggan baru. cik Sri Murni juga berjaya meluaskan pasaran perniagaan di luar kawasan tempat tinggalnya. Hal ini berupaya menambah pendapatan tambahan kepada cik Sri Murni dan keluarganya.  

Sebelum ini, cik Sri Murni berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM250 sahaja sebulan. Kini, pendapatan beliau boleh mencecah sehingga RM1400 sebulan hasil daripada promosi perniagaan di atas talian. Beliau berazam untuk memperbanyakkan lagi promosi secara atas talian

 

PURPLE SHOPEE

Caption: Cik Sri Murni mula mengiklankan produknya di Shopee bagi menambah pendapatan tambahan

 

 

KISAH KEJAYAAN: NOOR AMALINA BINTI AHMAD

UMUR: 33 TAHUN

Latar belakang

Puan Noor Amalina binti Ahmad merupakan salah seorang beliawanis dan surirumah yang menetap di Felda Lui Selatan 2. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Lui Selatan sejak 2 tahun lalu. Bagi mengisi masa lapang dan menambah pendapatan keluarga, beliau mengusahakan gerai makanan dan minuman yang terletak di rumahnya sendiri. Antara menu makanan yang dijual termasuklah bakso, aneka burger dan minuman. Beliau turut membuka tempahan dodol, wajik serta jeli kelapa bergantung kepada permintaan pelanggan

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Puan Noor Amalina pernah bekerja sebelum ini tetapi mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian kepada keluarga. Tambahan pula, sejak suaminya mengalami kemalangan jalan raya pada tahun lepas, tugas mencari wang tergalas di bahu beliau. Berbekalkan modal sendiri, beliau telah membina sebuah gerai bertujuan untuk menjual makanan dan minuman daripada rumah. Segala tempahan yang diterima hanyalah tertumpu kepada penduduk sekitar sahaja. Selepas dipelawa oleh petugas Pusat Internet untuk menyertai bengkel ICT dan keusahawanan, beliau diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan aplikasi dan media sosial yang membantu beliau mendapatkan pelanggan baru.

Dalam bengkel yang disertai, Puan Noor Amalina telah diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan aplikasi Whatsapp untuk mempromosikan perniagaan di status Whatsapp. Disamping itu, beliau turut mempelajari bengkel asas ICT seperti laman carian Google untuk mencari resepi berkaitan. Beliau turut diberikan tunjuk ajar menggunakan aplikasi suntingan gambar PhotoGrid yang dimuat turun melalui telefon bimbit. Aplikasi tersebut digunakan untuk mengedit gambar makanan dan minuman yang supaya tampil menarik

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Selepas beberapa ketika mengikuti bengkel keusahawanan dan ICT, Puan Noor Amalina berjaya menambah pelanggan baru di sekitar gugusan Felda Lui. Dengan adanya khidmat penghantaran makanan, perniagaan beliau kian maju dan menerima banyak komen positif.

Sebelum ini, Puan Noor Amalina berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM500 sahaja. Kini, pendapatan beliau boleh mencecah sehingga RM1500 sebulan hasil daripada promosi perniagaan di atas talian. Peningkatan ini amat membantu dirinya bagi menampung perbelanjaan keluarga.

 

amalina

Caption: Gambar menunjukkan Puan Noor Amalina sedang menerima tunjuk ajar daripada petugas dalam sesi bengkel keusahawanan dan ICT anjuran PEDi Felda Lui Selatan.

 

KISAH KEJAYAAN: MUHAMMAD AQEEF IRSYAD BIN KARNIAN

UMUR: 12 TAHUN

Latar belakang

Adik Muhammad Aqeef Irsyad merupakan salah seorang murid darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Felda Lui Selatan. Beliau telah menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet Felda Lui Selatan sejak tahun 2016. Beliau merupakan anak sulung di dalam keluarga Encik Karnian dan Puan Rohayu yang menetap di Felda Lui Selatan 2.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDI

Adik Aqeef Irsyad sering mengunjungi PEDi Felda Lui Selatan bersama rakan-rakannya untuk mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan sekolah dan melayari internet. Bersama rakan-rakan, beliau dipelawa untuk mengguna pakai aplikasi komputer oleh petugas seperti perisian Microsoft Office dan laman carian Google. Adik Aqeef turut mendapat input daripada bengkel-bengkel advokasi SKMM yang disertainya bagi menambah ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan penggunaan internet secara berhemah. Beliau juga berpeluang melayari laman sesawang e-pembelajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar petugas sebagai latihan tambahan bagi menghadapi peperiksaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas beberapa kali mengikuti bengkel latihan anjuran PEDi, adik Aqeef berasa sangat gembira kerana semakin mahir mengguna pakai peralatan dan perisian komputer. Hal ini bertujuan untuk memudahkan lagi beliau menyiapkan tugasan yang memerlukan bantuan laman carian Google untuk mencari info-info yang diperlukan.

Selain itu, kemahiran dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office turut diperolehi oleh adik Aqeef. Buktinya, beliau berjaya mereka cipta poster yang menarik menerusi aplikasi Microsoft Publisher sekaligus dapat menghantar penyertaan dalam Pertandingan Poster anjuran PEDiFelda Lui Selatan.

Disamping itu, adik Aqeef juga menimba ilmu dan manfaat daripada bengkel advokasi SKMM dan dapat mengamalkan etika berinternet secara bijak bersama rakan-rakannya.

 

aqeef

Caption: Menerusi bengkel asas ICT yang dianjurkan, adik Aqeef Irsyad mendapat manfaat dalam ilmu ICT dan bengkel advokasi bagi melengkapkan diri sebagai pelajar terbaik

 

KISAH KEJAYAAN: NOR ATIKA BINTI MAHAMAD HUSAIN SARIB

UMUR: 31 TAHUN

Latar belakang

Puan Nor Atika binti Mahamad Husain Sarib merupakan ahli berdaftar di PEDi Felda Lui Selatan sejak 3 tahun lalu. Beliau adalah seorang surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan secara atas talian bagi produk kosmetik Haus Cosmetic, barangan kesihatan dan tudung bawal. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak 2 tahun lalu.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum ini, beliau sering mengunjungi PEDi Felda Lui Selatan untuk menyertai aktiviti anjuran Pusat Internet atau sekadar menggunakan perkhidmatan yang ada di sini. Selepas mengambil keputusan untuk serius memulakan perniagaan, beliau berpendapat adalah penting untuk menambah ilmu pengetahuan ICT untuk mempromosikan jenama dan produk jualannya. Justeru, beliau telah beberapa kali mengikuti bengkel keusahawanan anjuran PEDi.

Dalam bengkel yang disertai, Puan Nor Atika telah menerima tunjuk ajar untuk mempromosikan perniagaannya menerusi aplikasi Shopee. Platform ini membolehkan Puan Atika memasukkan iklan barangan dan mencari pelanggan di seluruh negara dengan mudah. Selain itu, beliau turut diajar cara untuk menggunakan aplikasi Whatsapp Web untuk memudahkan beliau menyenaraikan semua tempahan yang diterima terus ke komputer. Laman sosial Facebook juga menjadi pilihan Puan Nor Atika untuk mempromosikan produk jualannya. Semua platform media sosial perlu digunakan semaksima mungkin untuk membolehkan pelanggan baru membuat pembelian secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas beberapa kali mengikuti bengkel keusahawanan ini, Puan Nor Atika mendapati bilangan tempahan produk kosmetik dan barangan kesihatan beliau semakin bertambah kepada purata 25 orang sebulan. Permintaan terhadap tudung bawal berbatu juga semakin menggalakkan di mana beliau menerima tempahan sebanyak 30 helai tudung sebulan secara purata.

Dengan adanya akaun Shopee dan Facebook, Puan Nor Atika berjaya memperoleh pendapatan yang agak lumayan. Pendapatan beliau meningkat daripada RM400 kepada RM1500 sebulan secara purata hasil daripada jualan secara atas talian

 

ATIKA

Caption: : Puan Nor Atika sangat aktif mempromosikan produk jualan secara atas talian misalnya menerusi aplikasi Facebook