KISAH KEJAYAAN: ZAZAWAHEDA BINTI JAAFAR

UMUR: 40 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Puan Zazawaheda binti Jaffar merupakan seorang surirumah dan telah mendaftar di PEDi Felda Lui Selatan sejak bulan Ogos 2018. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet untuk menghantar anak-anaknya menyertai kelas tuisyen di PEDI pada setiap minggu. Berikutan itu, beliau menyuarakan hasrat untuk menyertai bengkel aplikasi komputer untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia ICT.  

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Pada permulaan, Puan Zazawaheda hanya memiliki kemahiran asas dalam menggunakan peralatan komputer. Setelah dipelawa oleh petugas untuk menyertai bengkel asas komputer secara perseorangan, beliau menunjukkan minat dan telah mengikuti bengkel asas komputer anjuran PEDi Felda Lui Selatan sejak bulan Ogos 2018.

 SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi::

Selepas tiga bulan mengikuti bengkel asas aplikasi komputer dan internet, Puan Zazawaheda semakin mahir menggunakan peralatan komputer. Banyak ilmu baru yang dipelajari antaranya penggunaan perisian Microsoft Office Word, Powerpoint dan Publisher. Dalam sesi bengkel tersebut, beliau turut diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan laman carian Google, perisian Dashboard Komuniti dan laman web perniagaan twbiznet Tupperware.

Hasil daripada pembelajaran tersebut, beliau kini semakin mahir menggunakan perisian komputer. Hal ini disebabkan perisian seperti Microsoft Office dan laman carian Google banyak digunakan bagi tujuan melengkapkan tugasan. Beliau juga memperoleh manfaat dalam penggunaan ICT dan internet menerusi carian imej untuk dimuatkan ke dalam projek mencipta pelekat hari lahir untuk majlis hari lahir anaknya.

KAK ZAZA

 

 

 

KISAH KEJAYAAN: NOR ASLINDA BINTI HALED

UMUR: 33 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Puan Nor Aslinda binti Haled adalah seorang beliawanis yang menetap di Felda Lui Selatan 2. Beliau telah mendaftarkan diri sebagai seorang ahli Pusat Internet sejak tahun 2017 dan sering mengunjung PEDi Felda Lui Selatan untuk menggunakan perkhidmatan yang terdapat di sini. Disamping bergiat aktif sebagai pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia cawangan Felda Lui Selatan, beliau turut mengusahakan tanaman cili api bara untu dipasarkan ke sekitar daerah Jempol bermula pada awal tahun 2017.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Tanaman cili api bara memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan hasil yang diperoleh adalah yang terbaik. Justeru, Puan Nor Aslinda mengambil inisiatif untuk membuat kajian di internet mengenai tips penjagaan tanaman. Beliau sering mengunjungi PEDi Felda Lui Selatan untuk melayari internet bagi tujuan tersebut. Beliau juga mendapatkan khidmat nasihat daripada wakil Pejabat Pertanian untuk mendapatkan bekalan baja untuk tanamannya. Petugas Pusat Internet turut mempelawa beliau untuk menyertai bengkel asas komputer dan bengkel keusahawanan untuk menambah pengetahuan dalam penggunaan komputer.    

Sebelum ini, Puan Nor Aslinda hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM500 sebulan. Permintaan pelanggan pula hanyalah terhad di sekitar Felda Lui Selatan sahaja. Setelah mengikuti bengkel pembelajaran di PEDi Felda Lui Selatan, beliau telah mempelajari modul penggunaan media sosial, bengkel emel dan bengkel Microsoft Office.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Selepas beberapa bulan mengikuti bengkel keusahawanan ini, Puan Nor Aslinda semakin mahir menggunakan perisian komputer disamping memperoleh pembeli baru di Whatsapp dan Facebook. Selain itu, tanaman cili api bara ini turut mendapat permintaan memberangsangkan oleh para peniaga untuk dijual di kedai runcit.  

Puan Nor Aslinda turut memasarkan produk cili api bara di Pasar Tani sekitar daerah Jempol. Ternyata, menerusi kaedah promosi berterusan yang dijalankan di laman sosial beliau, Puan Nor Aslinda dapat menambah pendapatan tambahan hasil daripada jualan cili api bara. Semua ini adalah hasil daripada pembelajaran yang telah diikuti oleh beliau dalam bengkel keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Lui Selatan. Purata pendapatan beliau kini turut meningkat daripada RM500 kepada RM2000 sebulan.

ASLINDA

(Hasil tanaman fertigasi oleh Puan Nor Aslinda)
 

 

KISAH KEJAYAAN: NORMAHHIDAH BINTI AHMAD NGADIMAN

UMUR: 26 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Puan Normahhidah binti Ahmad Ngadiman merupakan seorang suri rumah tangga yang menetap di Felda Lui Selatan 1. Beliau telah mendaftarkan diri sebagai ejen jualan produk Asmak sejak awal tahun 2018. Antara produk yang dipromosikan adalah minyak herba Asmak, bedak sejuk Asmak, madu asli, jus Asmak Gold dan barangan penjagaan diri Asmak. Disamping bergiat aktif sebagai ejen jualan produk kesihatan tersebut, beliau turut menjual kain pasang yang diperoleh khas daripada Kelantan dan Terengganu khususnya kain pasang batik dan sutera. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada golongan wanita bekerjaya, surirumah dan penduduk di sekitar Felda Lui Selatan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan disamping niat beliau yang ingin menambah pendapatan keluarga mendorong Puan Normahhidah mendapatkan bimbingan daripada petugas Pusat Internet untuk membantu beliau membuat satu profil Facebook Page. Hal ini disebabkan trend pelanggan yang banyak melakukan urusniaga secara atas talian membuatkan beliau ingin mempelajari selok-belok berniaga menggunakan medium media sosial. 

Bermula dengan mempelajari cara untuk mendaftar Facebook Page sendiri, beliau kemudiannya diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan Whatsapp Web di komputer untuk memudahkan beliau membalas mesej pertanyaan pelanggan. Selain itu, Puan Normahhidah juga diajar cara untuk memuat naik posting produk yang berkesan di samping kaedah mengambil gambar produk dengan betul menerusi kelas editing image

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Selepas 3 bulan mengikuti bengkel keusahawanan ini, Puan Normahhidah mendapat ramai pengikut baru di Facebook Page dan pelanggan baru turut bertambah kepada 70 pelanggan sebulan secara purata. Permintaan yang baik terhadap produk Asmak dan kain pasang berkualiti turut mendorong kepada pertambahan pelanggan ini. Hasil daripada muatnaik posting setiap produk juga membantu beliau mempromosikan produk dengan lebih baik. 

Sebelum ini, Puan Normahhidah memperoleh pendapatan sebanyak RM1000 sebulan. Hal ini disebabkan permintaan pelanggan yang terhadap dalam kalangan sahabat dan penduduk sekitar Felda Lui Selatan. Setelah mengikuti bengkel keusahawanan di PI Felda Lui Selatan, beliau berjaya menambah bilangan pelanggan baharu di negeri Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pendapatan terkini beliau juga meningkat kepada RM3000 sebulan hasil daripada jualan produk Asmak dan kain pasang yang dipromosikan.

normahidah

(Bengkel mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian menggunakan media sosial Facebook dan Whatsapp Web.)
 

 

KISAH KEJAYAAN: ANIS AZURA BINTI ISHAK

UMUR: 18 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Cik Anis Azura binti Ishak merupakan seorang pelajar lepasan sekolah dan telah mendaftar di PEDi Felda Lui Selatan sejak bulan Oktober 2015. Beliau telah memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan yang baik setelah menamatkan sesi persekolahan Tingkatan 5 di SMK Lui Barat. Beliau sering mengunjungi PEDi untuk mencari maklumat dan info mengenai tawaran kemasukan ke pusat pengajian tinggi bagi menyambung pelajaran.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Pada permulaan, Cik Anis Azura hanya datang untuk melayari internet di PEDi Felda Lui Selatan. Setelah dipelawa oleh petugas untuk menyertai bengkel asas komputer bagi pelajar lepasan SPM, beliau menunjukkan minat dan telah mengikuti bengkel asas komputer anjuran PI1M Felda Lui Selatan sejak bulan Jun 2018.

 

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Selepas tiga bulan mengikuti bengkel asas aplikasi komputer dan internet, Cik Anis Azura semakin mahir menggunakan peralatan komputer. Meskipun sudah mempunyai asas dalam penggunaan komputer, beliau mengakui banyak mempelajari ilmu baru dalam penggunaan perisian yang terkandung di dalam Microsoft Office. Dalam sesi bengkel tersebut, beliau telah diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan perisian Microsoft Office, laman carian Google, bengkel kesedaran internet dan perisian Dashboard Komuniti.

Hasil daripada pembelajaran tersebut, beliau kini semakin mahir menggunakan perisian komputer. Hal ini disebabkan perisian seperti Microsoft Office dan emel banyak digunakan dalam sesi pembelajaran bagi tujuan melengkapkan tugasan. Beliau juga memperoleh manfaat dalam penggunaan ICT dan internet menerusi carian info-info berkenaan tawaran biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan kolej

anis azura

(Cik Anis Azura telah menyertai kelas aplikasi komputer dan internet sejak bulan Jun 2018)
 

 

KISAH KEJAYAAN: NORZIAH BINTI AHMAD

UMUR: 38 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Puan Norziah binti Ahmad merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan merupakan salah seorang ahli berdaftar PEDi Felda Lui Selatan sejak bulan Oktober 2017. Beliau juga adalah seorang orang kelainan upaya yang mengalami kecacatan fizikal. Puan Norziah telah dipelawa oleh rakannya untuk turut serta menyertai bengkel asas aplikasi komputer anjuran PEDi Felda Lui Selatan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Pada awalnya, Puan Norziah sekadar memenuhi pelawaan rakannya sahaja kerana beliau mengakui tidak mempunyai kemahiran dalam penggunaan aplikasi komputer. Justeru, beliau telah mengikuti bengkel asas komputer anjuran PEDi Felda Lui Selatan sejak bulan Februari 2018.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Selepas lebih empat bulan mengikuti bengkel asas aplikasi komputer dan internet, Puan Norziah semakin mahir menggunakan peralatan komputer dan telah mempelajari ilmu aplikasi komputer yang sering digunakan. Dalam sesi bengkel tersebut, beliau telah diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan perisian Microsoft Office, laman carian Google, bengkel kesedaran internet dan perisian Dashboard Komuniti. Meskipun keadaan fizikal beliau yang hanya bergantung kepada satu tangan sahaja, namun semangat menimba ilmu yang ditunjukkan oleh Puan Norziah sewajarnya diberikan pujian. 

Hasil daripada pembelajaran tersebut, beliau kini semakin mahir menggunakan perisian komputer. Beliau juga mahir dalam meneroka butang fungsi edit untuk mengedit semula segala dokumen yang telah ditaip menerusi aplikasi Microsoft Office. Diharapkan dengan usaha ini, Puan Norziah akan lebih bersemangat untuk meneroka lebih banyak ilmu berkaitan perisian komputer di masa akan datang.    

 

623

(Puan Norziah telah menyertai kelas aplikasi komputer dan internet sejak bulan Februari 2018)