KISAH KEJAYAAN: SITI HASIMA BINTI ABDULLA

UMUR: 33 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Puan Siti Hasimah binti Abdulla merupakan seorang peniaga produk bakeri buatan tangan (homemade). Beliau memulakan perniagaan sekitar tahun 2014 dengan modal sendiri. Atas minat yang mendalam terhadap pembuatan roti, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan yang memfokuskan kepada jualan roti daripada rumah.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Peredaran masa dan kecanggihan teknologi pada masa kini mendorong Puan Siti Hasimah untuk meluaskan promosi perniagaannya kepada penduduk di luar kawasan Felda Lui Selatan. Pada bulan September 2017, beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Lui Selatan dan menunjukkan minat untuk menyertai kelas keusahawanan anjuran PEDi. Sebelum menyertai kelas keusahawanan, pendapatan beliau adalah sekitar RM1000.00 sebulan kerana masih menjalankan perniagaan daripada rumah.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

- Puan Siti Hasimah telah menyertai kelas keusahawanan asas iaitu mempelajari Microsoft Words dan memuat naik produk ke dalam aplikasi MyShop Dashboard Komuniti.

- Beliau juga berpeluang untuk menyertai Program Pembudayaan ICT anjuran Pejabat SUK Negeri Sembilan yang memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan menerusi laman sosial Facebook dan Instagram.

- Kini, beliau telah mempunyai laman sosial Facebook dan Instagram serta aktif mempromosikan jualan roti kepada penduduk sekitar dan di luar kawasan Felda Lui Selatan.

- Beliau juga mengorak langkah dengan menghantar bekalan roti kepada kantin sekolah sekitar Air Hitam dan Batu Kikir.

- Perniagaan roti beliau kini menerima sambutan di luar jangka dan mampu menerima pulangan hasil sebanyak RM2000.00 sebulan mengikut permintaan pelanggan.

 

KISAH KEJAYAAN: SITI HAWA BINTI MOHAMAD RADZI

UMUR: 20 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Cik Siti Hawa binti Mohamad Radzi merupakan ahli berdaftar Pusat Internet Felda Lui Selatan sejak bulan Oktober 2017. Beliau mengusahakan perkhidmatan bekam dan urutan secara tardisional untuk wanita. Beliau menjalankan perkhidmatan tersebut secara kecil-kecilan di rumah dan sekitar Felda Lui Selatan sejak Julai 2017.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini, perniagaan beliau hanya tertumpu dalam kawasan sekitar Felda Lui Selatan  dan kurang promosi dalam laman sosial.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

- Menerusi latihan di Pusat Internet, beliau kini mampu mereka sendiri poster perniagaan untuk ditampal sekitar kampung. 

- Beliau semakin aktif mempromosikan perniagaanya secara atas talian mengikut kaedah yang bersesuaian menggunakan medium laman sosial.

 

KISAH KEJAYAAN: MOHD FAIZAL BIN ADNAN

UMUR: 33 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Mohd Faizal Bin adnan merupakan seorang pengusaha kambing yang menetap di Felda Lui Selatan. Beliau mula menternak kambing sejak 6 tahun lepas dengan modal diperolehi daripada pendapatan sendiri. Hasil penternakan kambing beliau mencecah 40 ekor dan sedang dalam proses pemasaran dan prose pembiak bakaan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi

Ilmu pengurusan dan perternakan kambing hanyalah diperolehi daripada pengalaman rakan-rakan penternak kambing yang lain. Kekurangan pengetahuan dalam pengurusan, perancangan dan pemasaran  secara menyeluruh mengenai ternakan kambing.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

- Mempelajari Microsoft Word untuk membuat kerta kerja pertenakan kambing.

- Mempelajari memggunakan internet secara insentif untuk menambah baik kaedah dalam menguruskan dan mengembangkan ternakan kambing beliau.

- Beliau berjaya menyiapkan beberapa kertas kerja bagi permohonan modal penternakan kambing untuk diserah kepada agensi-agensi berkaitan.

 

 KISAH KEJAYAAN: NOR TAHIRRAH BINTI MAJERAN

UMUR: 19 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Nor Tahirrah Binti Majeran merupakan seorang orang kurang upaya dalam kategori masalah pembelajaran. Beliau merupakan pelajar lepasan sekolah tingkatan enam dari SMK Lui Barat . Beliau menetap bersama keluarga di Felda Lui Selatan sejak bulan Jun 2017 selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Kurang mengetahui ilmu komputer dan internet.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

- Mempelajari asas Microsoft Office

- Membuka akaun Gmail

- Mengisi borang pekerjaan atas talian.

 

 

       KISAH KEJAYAAN: NORAZLINA BINTI SOBRI

UMUR: 37 TAHUN

LATAR BELAKANG:

Puan Norazlina Binti Sobri merupakan seorang usahawan yang bergiat aktif dalam perniagaan bakeri dan jualan produk kecantikan. Beliau memiliki sebuah kedai bakeri terletak di Jalan Pasar, Felda Lui Selatan 2. Beliau menjalankan perniagaan berasaskan bakeri seperti kek, tat dan mufin.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:

Perniagaan hanya tertumpu kepada operasi harian di kedai dan sekitar Felda Lui Selatan sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI:

- Beliau mempelajari kaedah memuat naik posting promosi ke dalam laman sosial.

- Mempelajari cara memuat naik produk ke aplikasi MyShop Dashboar komuniti.

- Purata bilangan pelanggan betambah sebanyak 20 orang sebulan.

- Keuntungan meningkat sebanayak RM500 sebulan.