KISAH KEJAYAAN: NOR TAHIRRAH BINTI MAJERAN
UMUR: 19 TAHUN
LATAR BELAKANG:
Nor Tahirrah Binti Majeran merupakan seorang orang kurang upaya dalam kategori masalah pembelajaran. Beliau merupakan pelajar lepasan sekolah tingkatan enam dari SMK Lui Barat . Beliau menetap bersama keluarga di Felda Lui Selatan sejak bulan Jun 2017 selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:
Kurang mengetahui ilmu komputer dan internet.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:
- Mempelajari asas Microsoft Office
- Membuka akaun Gmail
- Mengisi borang pekerjaan atas talian.
KISAH KEJAYAAN: MOHD FAIZAL BIN ADNAN
UMUR: 33 TAHUN
LATAR BELAKANG:
Mohd Faizal Bin adnan merupakan seorang pengusaha kambing yang menetap di Felda Lui Selatan. Beliau mula menternak kambing sejak 6 tahun lepas dengan modal diperolehi daripada pendapatan sendiri. Hasil penternakan kambing beliau mencecah 40 ekor dan sedang dalam proses pemasaran dan prose pembiak bakaan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi
Ilmu pengurusan dan perternakan kambing hanyalah diperolehi daripada pengalaman rakan-rakan penternak kambing yang lain. Kekurangan pengetahuan dalam pengurusan, perancangan dan pemasaran secara menyeluruh mengenai ternakan kambing.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:
- Mempelajari Microsoft Word untuk membuat kerta kerja pertenakan kambing.
- Mempelajari memggunakan internet secara insentif untuk menambah baik kaedah dalam menguruskan dan mengembangkan ternakan kambing beliau.
- Beliau berjaya menyiapkan beberapa kertas kerja bagi permohonan modal penternakan kambing untuk diserah kepada agensi-agensi berkaitan.
KISAH KEJAYAAN: ADRIANA MYA BATRISYIA BINTI NOR IZWAN
UMUR: 12 TAHUN
Latar belakang
Adik Aira Batrisyia binti Mohd Ridzwan merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Lui Barat. Beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarga. Seorang yang aktif dalam kegiatan ko kurikulum, beliau juga adalah seorang pelajar yang pintar di sekolah. Ibunya merupakan seorang peniaga kek dan kuih-muih. Ayahnya pula adalah seorang kontraktor yang bertapak di Felda Lui Selatan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sejak mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Komuniti, adik Aira sering mengunjungi Pusat Internet Komuniti Felda Lui Selatan bersama rakan-rakannya untuk mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan sekolah dan melayari internet. Adakalanya, beliau juga sering meminta tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet Komuniti khususnya dalam subjek Matematik. Bagi menambah ilmu pengetahuan, beliau dipelawa untuk menyertai bengkel asas ICT bersama rakan-rakannya untuk mengguna pakai aplikasi komputer oleh petugas seperti perisian Microsoft Office Word, Powerpoint, Excel dan Publisher. Menerusi bengkel ini, banyak input yang dikongsikan oleh petugas terutamanya dalam modul editing documents. Beliau turut diberikan latihan lanjutan untuk menyiapkan tugasan mengedit dokumen supaya mahir untuk mengguna pakai fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.
Adik Aira juga berpeluang menyertai bengkel-bengkel advokasi SKMM anjuran Pusat Internet Komuniti. Program ini dilaksanakan sejurus selepas bengkel asas ICT diadakan bagi menambah ilmu pengetahuan berkenaan kempen advokasi. Antara aktiviti yang disertai termasuklah tayangan video dan kuiz Klik Dengan Bijak, Check Your Label, Sebenarnya.my dan Mobile E-Waste. Beliau juga diberikan tunjuk ajar untuk melayari laman sesawang e-pembelajaran yang terpilih supaya mudah dijadikan rujukan pembelajaran dalam subjek kritikal.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti bengkel asas ICT anjuran Pusat Internet Komuniti Felda Lui Selatan, adik Aira menunjukkan perkembangan yang positif dalam kemahiran mengguna pakai aplikasi Microsoft Office. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan cepat mengadaptasi ilmu baru yang dikongsikan oleh petugas. Dengan bantuan kemudahan yang ada di Pusat Internet Komuniti, adik Aira mudah untuk mengakses internet berkelajuan tinggi bagi melayari laman sesawang e-pembelajaran bagi tujuan ulangkaji.
Disamping itu, adik Aira juga mendapat manfaat daripada bengkel advokasi SKMM yang disertai bersama rakan-rakannya. Program ini diharap dapat menambah input dan kesedaran berinternet secara berhemah kepada beliau dan rakan-rakan agar menjadi masyarakat bermaklumat suatu hari nanti.
Caption: Menerusi bengkel asas ICT yang dianjurkan, adik Aira mendapat manfaat dalam ilmu ICT dan bengkel advokasi bagi melengkapkan diri untuk menjadi seorang pelajar yang berilmu pengetahuan
KISAH KEJAYAAN: NORAZLINA BINTI SOBRI
UMUR: 37 TAHUN
LATAR BELAKANG:
Puan Norazlina Binti Sobri merupakan seorang usahawan yang bergiat aktif dalam perniagaan bakeri dan jualan produk kecantikan. Beliau memiliki sebuah kedai bakeri terletak di Jalan Pasar, Felda Lui Selatan 2. Beliau menjalankan perniagaan berasaskan bakeri seperti kek, tat dan mufin.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDi:
Perniagaan hanya tertumpu kepada operasi harian di kedai dan sekitar Felda Lui Selatan sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI:
- Beliau mempelajari kaedah memuat naik posting promosi ke dalam laman sosial.
- Mempelajari cara memuat naik produk ke aplikasi MyShop Dashboar komuniti.
- Purata bilangan pelanggan betambah sebanyak 20 orang sebulan.
- Keuntungan meningkat sebanayak RM500 sebulan.